Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apps Gemini_

Google Perkenal Had Penggunaan Baharu Untuk Gemini

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini melaksanakan sistem had penggunaan baharu untuk aplikasi Gemini yang mula berkuat kuasa sejak 17 Mei lalu.

Melalui perubahan ini, Gemini beralih kepada had berasaskan pengiraan (compute-based). Had ini akan dikemas kini setiap lima jam sehingga pengguna mencapai had mingguan yang ditetapkan. Pengiraan penggunaan akan mengambil kira tahap kerumitan arahan (prompt), ciri yang digunakan dan panjang perbualan.

Gemini usage limit

Seperti biasa, pengguna berbayar akan menikmati had penggunaan yang jauh lebih tinggi berbanding pengguna pelan percuma. Pengguna tanpa langganan Google AI akan kekal pada had standard, manakala pelan AI Plus menawarkan had dua kali ganda lebih tinggi, dan pelan AI Pro pula memberikan had sehingga empat kali ganda lebih tinggi.

Bagi pelan AI Ultra, ia menawarkan had penggunaan sehingga lima atau 20 kali ganda lebih tinggi berbanding AI Pro, bergantung pada jenis langganan yang dipilih.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa penggunaan ciri yang lebih ‘berat’ seperti penjanaan imej, video dan muzik, ciri Deep Research, serta penggunaan model Pro atau fungsi seperti Deep Think boleh menyebabkan had penggunaan dicapai dengan lebih cepat.

Usage limits Gemini_3

Pengguna kini boleh menyemak baki kuota serta had mingguan secara terus melalui aplikasi atau versi web Gemini dengan klik ikon “Settings” dan pilih “Usage limits”.

Berkaitan

  • Gemini Kini Boleh Jana Fail Terus Dalam 'Chat' - Termasuk PDF, Word, Excel
  • Gemini 3.5 Flash Kini Tersedia Sebagai Model 'Default' Dalam Aplikasi Gemini
  • Google AI Ultra Ditawarkan Dalam Dua Versi, Pelan Sedia Ada Kini Lebih Murah
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY