Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RHB Google Pay

Google Pay Kini Sokong Kad RHB, Ini Cara Tambah Ke Peranti

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh Amalina Athman

RHB Group pada Mei telah menambah sokongan Apple Pay untuk kad debit dan kreditnya. Terbaharu, bank itu memaklumkan pengguna kini boleh menambah kad Visa RHB/-i pada Google Wallet untuk membuat pembayaran menggunakan Google Pay.

Menurut RHB, mana-mana kad kredit dan debit Visa peribadi adalah layak untuk sokongan Google Pay. Rujuk gambar di bawah bagi mengetahui senarai penuh kad yang layak.

kad debit visa RHB Google Pay

Cara Tambah Kad RHB dalam Google Wallet

Google Pay menyokong peranti yang menjalankan sistem operasi Android 9 atau lebih baharu serta jam pintar dengan Wear OS 2.18 atau terkini. Untuk pembayaran di kedai, peranti perlu mempunyai sokongan NFC.

Untuk menambah kad RHB dalam aplikasi Google Wallet, ikut langkah di bawah.

  1. Buka aplikasi Google Wallet atau muat turun di Google Play Store. Kemudian tekan “Add to Wallet”.
  2. Imbas atau masukkan butiran kad dan ikut arahan seterusnya pada skrin.
  3. Tetapkan kad Visa RHB sebagai kad default dan pengguna kini boleh menggunakan Google Pay.

RHB Google Wallet

Cara bayar guna Google Pay

Untuk pembayaran, buka kunci peranti dan dekatkan dengan mesin pembayaran. Tanda semak menunjukkan bahawa pembayaran telah selesai.

Google Pay Kini Sokong Kad RHB, Ini Cara Tambah Ke Peranti
Google Pay Kini Sokong Kad RHB, Ini Cara Tambah Ke Peranti

Berkaitan

  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia

Sumber: RHB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY