Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google search_

Hakim Putuskan, Google Cipta Monopoli Haram Dalam Carian

Diterbitkan Ogos 8, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas bertahun-tahun proses pembicaraan undang-undang di mahkamah, hakim memihak kepada pendakwa raya persekutuan dengan memutuskan bahawa Google mempunyai “kuasa monopoli” dalam pasaran carian umum dan ke atas iklan carian.

Di samping itu, hakim mendapati bahawa “perjanjian pengedaran Google adalah eksklusif dan mempunyai kesan antipersaingan,” termasuk menaikkan harga iklan yang dipaparkan dalam Carian Google.

“Google adalah monopoli, dan ia telah bertindak sebagai satu untuk mengekalkan monopolinya. Ia telah melanggar Seksyen 2 Akta Sherman,” tulis Hakim Amit Mehta dalam keputusan setebal 277 muka surat.

Keputusan itu diperoleh selepas lebih 4 tahun isu anti pakat difailkan oleh Jabatan Kehakiman terhadap Google kerana didakwa mengunci pasaran carian melalui perjanjian perkongsian berbilion dolar dengan pembuat peranti, termasuk Apple dan Samsung.

Keputusan itu disambut baik oleh pengkritik Google yang memuji keputusan itu sebagai kemenangan untuk mengekang jangkauan syarikat itu.

“Akhirnya, pengawal selia dan mahkamah kita meminta Google bertanggungjawab atas pelanggaran anti pakat selama bertahun-tahun yang telah membolehkan syarikat mengumpul kawalan hampir menyeluruh ke atas cara kita berkongsi berita dan maklumat yang boleh dipercayai,” kata Institut Pasaran Terbuka, sebuah organisasi bukan berasas keuntungan yang menumpukan untuk menghentikan monopoli teknologi.

Ekoran keputusan itu, Google merancang untuk membuat rayuan.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang 'Cookies' Pihak Ketiga Dalam Chrome
  • Penantian Berakhir, Prapesan Google Pixel 9 Bermula 14 Ogos
  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY