Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV

Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV

Diterbitkan April 18, 2024 oleh ariff bukhari

Seiring dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh dunia, Google Maps memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan pengguna EV mencari stesen pengecas EV terus dari aplikasi peta tersebut.

Bukan sekadar carian, ciri itu juga akan dapat membantu pemilik EV mengakses maklumat yang lebih berguna tentang stesen pengecasan.

Dengan kemas kini ini, pengguna boleh mencari maklumat khusus tentang lokasi pengecas EV dengan mudah, merancang perhentian pengecasan untuk perjalanan jalan raya dan banyak lagi.

WhatsApp Image 2024-04-18 at 12.14.11
Pengguna EV boleh tetapkan jenis plug pengecas EV mereka dalam Maps di Settings > Electric vehicle settings > Edit.

Google berkata, ciri baharu ini akan memaparkan ringkasan yang dikuasakan AI dalam Google Maps bagi menerangkan lokasi khusus pengecas berdasarkan maklumat berguna daripada ulasan pengguna.

Contohnya, apabila anda menuju ke stesen pengecasan, anda mungkin melihat penerangan terperinci, seperti “Masuk ke tempat letak kereta bawah tanah dan ikut papan tanda ke arah pintu keluar. Sebelum keluar, belok kanan.”

Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV
Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV

Selain itu, jika EV anda kurang caj semasa dalam perjalanan atau anda perlu menambah caj semasa perjalanan, tidak lama lagi anda akan dapat melihat pengecas berdekatan pada peta dalam kereta, dengan maklumat seperti ketersediaan port masa nyata dan kelajuan pengecasan.

Google Maps juga akan mencadangkan hentian pengecasan terbaik sepanjang perjalanan, berdasarkan tahap pengecasan bateri anda.

Kemas kini ini akan dilancarkan secara global, bermula dengan kenderaan terbina dengan Google dalam beberapa bulan akan datang.

Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV
Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV

 

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY