Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Selepas Hampir 20 Tahun, Korea Selatan Akhirnya Benarkan Data Peta Untuk Google Maps

Diterbitkan Februari 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Google Maps mungkin akan berfungsi dengan lebih baik di Korea Selatan selepas kerajaan negara itu pada Jumaat bersetuju untuk berkongsi data peta dengan aplikasi popular tersebut, namun beberapa sekatan akan dikenakan bagi memastikan lokasi sensitif seperti tapak ketenteraan tidak didedahkan.

Korea Selatan merupakan antara beberapa negara di dunia, bersama China dan Rusia, di mana Google Maps tidak berfungsi sepenuhnya.

Sebelum ini, Seoul berulang kali menolak permintaan Google untuk berkongsi data peta berketepatan tinggi kerana bimbang ia boleh mendedahkan lokasi ketenteraan sensitif serta melemahkan pertahanan negara terhadap Korea Utara.

Namun selepas hampir 20 tahun, kementerian tanah Korea Selatan mengubah pendirian dengan memberikan kebenaran untuk berkongsi data peta dengan “syarat keselamatan yang ketat”.

Menurut kementerian itu, ciri Street View dan imej sejarah bersiri masa di Google Earth mesti menutup atau mengaburkan kemudahan ketenteraan dan keselamatan di Korea Selatan.

Seoul juga akan mewajibkan Google membuang paparan koordinat serta mengenakan sekatan terhadap pendedahan wilayah Korea Selatan pada perkhidmatan global Google Maps dan Google Earth.

Google sebelum ini berhujah bahawa bantahan Seoul telah mengehadkan keupayaan syarikat itu untuk menawarkan fungsi peta secara penuh, seperti maklumat pengangkutan awam, peta satelit dan arahan pemanduan.

Enjin carian tempatan, Naver, yang menggunakan peta dibekalkan kerajaan dan mengaburkan lokasi sensitif, kini menjadi antara peneraju perkhidmatan carian dan peta domestik di Korea Selatan. – AFP

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Google Labs Perkenal 'Photoshoot' - Tukar Gambar Produk Biasa Jadi Visual Gaya Studio
  • Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY