Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 15 Developer Preview_1

Android 15 Dijangka Naik Taraf Ciri ‘Find My Device’, Telefon ‘Mati’ Pun Boleh Dijejaki

Diterbitkan Mac 19, 2024 ยท Dikemas kini Mac 19, 2024 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan sedang berusaha membangunkan cara untuk anda mencari peranti Android anda walaupun ia telah dimatikan.

Menurut laporan Android Police, Google sedang menyediakan ciri itu yang akan dilancarkan dengan Pixel 9. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin tersedia untuk peranti Pixel yang lain juga.

Laporan itu menyatakan bahawa ciri ‘Google Find My Device‘ pada masa ini berfungsi dengan meminta peranti menyiarkan isyarat Bluetooth yang kemudiannya diterima oleh peranti Android lain yang berada dalam lingkungan peranti yang menyiarkan isyarat tersebut.

Google Find My Device

Kini Google dilaporkan sedang mengusahakan cara untuk peranti menyimpan isyarat Bluetooth yang disimpan dalam ingatannya yang akan meneruskan penyiaran walaupun peranti dimatikan.

find my device
foto: Nail Sadykov

Memandangkan peranti memerlukan sokongan perkakasan, ia tidak boleh hanya didayakan pada setiap peranti, itulah sebabnya ia tidak dijangka berfungsi sehingga Pixel 9 dilancarkan secara rasmi.

Walau bagaimanapun, Android Police menyatakan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro seperti berpotensi menyokong ciri itu juga.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY