Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Android 11 Developer Preview

Google Lancar Android 11 Developer Preview

Diterbitkan Februari 20, 2020 oleh Amalina Athman

Secara tradisi, Google melancarkan pratonton versi Android akan datang pada bulan Mac setiap tahun. Pada tahun ini, pratonton pertama bagi Android 11 Developer Preview dilancarkan sebulan lebih awal. Google sebelum ini memuat naik pratonton Android 11 sebelum menurunkan kembali halaman tersebut.

Kini, secara rasmi pratonton pertama Android 11 tersedia bagi pengguna peranti Google Pixel 2/2XL, Pixel 3/3XL, Pixel 3a/3a XL dan Pixel 4/4 XL.

Android 11 Developer Preview Dilancarkan

Google akan membawakan beberapa perubahan yang bertujuan membantu pengguna memanfaatkan 5G dan inovasi teknologi baru yang lain. Pembangun akan dapat menggunakan sambungan API yang dikemaskini dalam Android 11 untuk memanfaatkan sepenuhnya kelajuan 5G dengan lebih pantas.

Seperti tahun lalu, Google juga melanjutkan sokongan bagi skrin jenis baru dengan Android 11. Ia kini menyokong skrin dengan hole-punch dan waterfall, di mana pembangun boleh menggunakan APIs yang baru untuk mengoptimumkan aplikasi bagi peranti dengan skrin tersebut.

Buat masa ini, ia adalah pratonton pertama bagi pembangunan Android 11 dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Android 11, kita mungkin perlu menunggu sehingga acara Google I / O pada Mei nanti.

Sumber: Android Central via Android 11 Developer Preview

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY