Google I/O 2020 Akan Diadakan Pada 12 Mei

Google baru sahaja mengumumkan persidangan I/O tahun ini akan diadakan pada 12 hingga 14 Mei. Syarikat tersebut mengumumkan tarikh tersebut dengan melancarkan permainan atau teka-teki I/O Mission yang boleh dimainkan untuk mengetahui tarikh persidangan tersebut.



Dalam satu ciapan di Twitter, CEO Google, Sundar Pichai mengatakan I/O 2020 akan diadakan di Shoreline Amphitheatre, yang terletak di Mountain View berhampiran dengan HQ Google. Shoreline Amphitheatre merupakan lokasi tahunan bagi acara tersebut.

[embed]https://twitter.com/sundarpichai/status/1220497572898340864[/embed]

Pada acara I/O tahun lalu, berita terbesar yang diterima adalah pengumuman Pixel 3A dan 3A XL, di mana ia mempunyai fungsi kamera yang sangat baik. Terdapat ura-ura yang mengatakan Pixel 4A mungkin diumumkan pada acara I/O tahun ini seperti pengumuman Pixel 3A pada I/O 2019. Pixel 4A mungkin hadir dengan paparan hole-punch, bicu audio 3.5mm dan kamera dengan bump segi empat.

Di Google I/O, syarikat tersebut biasanya akan menunjukkan kemaskini akan datang untuk Android serta kemaskini lain untuk perisian dan perkhidmatannya.

Sumber: The Verge