Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Google Kurangkan Storan Percuma Akaun Baharu Kepada 5GB

Posted on Mei 15, 2026

Google telah mengubah polisi storan untuk akaun baharu yang dilihat telah bermula sejak Mac 2026. Kini, akaun Google baharu hanya akan diberikan 5GB storan percuma secara lalai untuk Gmail, Google Drive dan Google Photos.

Untuk mendapatkan 15GB storan penuh seperti biasa, pengguna wajib menghubungkan dan mengesahkan nombor telefon semasa mendaftar akaun baharu.

Menurut jurucakap Google yang dipetik oleh HowToGeek, perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan akaun dan memastikan storan diberikan kepada pengguna sebenar. Akaun lama atau akaun sedia ada tidak terjejas dan masih menikmati 15GB storan percuma seperti biasa.

“Kami sedang menguji dasar storan baharu untuk akaun baharu yang dibuat di kawasan terpilih yang akan membantu kami terus menyediakan perkhidmatan storan berkualiti tinggi kepada pengguna kami, sambil menggalakkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dan pemulihan data mereka.” Kata Google kepada Android Authority

Perubahan ini dilihat sebagai langkah Google untuk mengawal akaun spam dan akaun palsu yang kerap menggunakan storan secara berlebihan. Ramai pengguna baharu yang tidak mahu pautkan nombor telefon kini hanya mendapat 5GB sahaja.

Google menyatakan bahawa pengguna masih boleh membeli storan tambahan melalui Google One jika keperluan melebihi had percuma.

Langkah ini menandakan Google semakin ketat dalam pengurusan storan awan mereka, selepas bertahun-tahun memberikan 15GB percuma tanpa sebarang syarat tambahan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress