Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unnamed (6)

Google Lawan Nyamuk Dengan Buka Pusat R&D Terbesar Di Singapura

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

Debug, sebuah inisiatif Google, mengumumkan pengembangan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta keupayaan pengeluaran nyamuk di Singapura

Langkah ini memperkukuh usaha menentang denggi yang mengancam 4 bilion penduduk dunia, dengan Asia menanggung 70% kes.

Sejak 2018, Debug telah bekerjasama dengan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melalui Projek Wolbachia dengan melepaskan jutaan nyamuk jantan yang dijangkiti bakteria Wolbachia.

Hasilnya, populasi Aedes aegypti berjaya ditekan sehingga 80–90% dan kes denggi berkurang lebih 70% dalam tempoh 6–12 bulan.

unnamed (7)
Kilang Debug di Singapura.

 

Fasiliti baharu ini menampilkan teknologi AI sex-sorting untuk pemisahan jantina lebih tepat, robotik automasi penuh bagi meningkatkan hasil ternakan, serta van pelepasan GPS automatik untuk pengedaran skala besar.

Debug turut membangunkan pendekatan penggantian populasi, di mana nyamuk membawa Wolbachia diwariskan kepada generasi seterusnya, menjadikan mereka kurang berupaya menyebarkan denggi.

Singapura dipilih kerana iklim tropika, pasaran strategik, dan pengetahuan komuniti yang mendalam.

Inovasi yang dibangunkan di sini bakal menjadi model untuk Asia Tenggara dan dunia, menjadikan teknologi kawalan nyamuk lebih mampan dan berskala global.

Berkaitan

  • China Gabungkan Teknologi Laser Dan LiDAR Untuk Bunuh Nyamuk
  • Putrajaya Lepaskan 65,000 Nyamuk Aedes "Ber-Wolbachia" Bagi Perangi Denggi
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY