Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Gmail Dilapor Akan Gantikan Ciri Pengesahan 2 Faktor Dengan Kod QR

Diterbitkan Februari 25, 2025 · Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh ariff bukhari

Salah satu ciri keselamatan yang ada di dalam Gmail adalah ciri pengesahan 2 faktor (2FA) di mana ciri ini melalui pengesahan SMS digunakan untuk dua tujuan utama iaitu keselamatan dan kawalan penyalahgunaan.

Walaupun kod SMS mudah digunakan, tetapi ia boleh dipalsukan oleh penjenayah yang mencuri kad SIM anda atau dicuri melalui taktik pancingan data (phishing) yang semakin berleluasa.

Ekoran daripada ciri tersebut yang sudah dapat dieksploitasi oleh penggodam, Gmail mengesahkan bahawa mereka akan menggantikannya dengan ciri keselamatan baharu yang lebih selamat.

Google tidak menjelaskan perkara ini lebih lanjut. Tetapi jurucakap Gmail, Ross Richendrfer berkata,

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan mereka semula cara kami mengesahkan nombor telefon. Secara khusus, daripada memasukkan nombor anda dan menerima kod 6 digit, anda akan melihat kod QR dipaparkan, yang perlu anda imbas menggunakan aplikasi kamera pada telefon anda.”

Berdasarkan laporan eksklusif oleh Forbes itu, Gmail akan menghentikan penggunaan pengesahan dua faktor (2FA) berasaskan SMS dalam masa terdekat.

Sebagai gantinya, Google akan memperkenalkan kod QR, yang jauh lebih selamat berbanding kod SMS.

Peralihan daripada SMS kepada kod QR adalah langkah yang wajar memandangkan kebimbangan keselamatan berkaitan kod 2FA berasaskan SMS.

Berkaitan

  • Google Authenticator Dikhuatiri Tidak Selamat Digunakan Kerana Kod 2FA Boleh Dipintas Dengan Mudah
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID - Ini Anda Perlu Tahu

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY