Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMG_6882 (1)

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 15, 2025 oleh Amalina Athman

Jika peti masuk anda dipenuhi dengan ratusan atau ribuan e-mel yang belum dibaca, paparan badge count pada aplikasi pasti kelihatan mengganggu, sekurang-kurangnya bagi sebilangan pengguna.

Namun, sama ada membuka satu per satu atau menandakan semua e-mel dalam satu halaman sebagai “Mark as read”, kedua-duanya tetap memakan masa. Dalam kebanyakan kes, jumlah itu akhirnya terpaksa dibiarkan kerana e-mel tersebut tidak begitu penting.

Ada yang sudah tahu cara mengatasinya, namun mungkin masih ramai yang belum. Oleh itu, kami kongsikan langkah mudah untuk mengosongkan badge count pada aplikasi Gmail dengan lebih pantas.

Cara kosongkan badge count di aplikasi Gmail

1. Buka Gmail di web. Jika guna telefon, pastikan pelayar (Safari, Chrome dan sebagainya) ditetapkan dalam mod desktop (request desktop site).

2. Di bahagian bar carian, taip “is:unread” dan tekan “Enter”. Semua mesej yang belum dibaca dalam semua folder dan kategori akan dipaparkan.

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail
Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail

3. Tandakan kotak semak pada bahagian atas kiri, atau klik “All” di sebelahnya. Kemudian klik “Select all conversations that match this search” untuk memilih semua e-mel yang belum dibaca dalam akaun anda.

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail
Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail

4. Ikut langkah yang dipaparkan pada skrin (jika ada), kemudian tekan pada ikon “Mark as read”.

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail

5. Tekan “OK” untuk mengesahkan tindakan secara pukal dan biarkan proses berjalan sehingga semua e-mel ditandakan sebagai sudah dibaca. Bergantung pada jumlah e-mel, proses ini mungkin mengambil masa beberapa minit.

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail
Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail

Selesai.

Cara Mudah Kosongkan ‘Badge Count’ E-mel Belum Dibaca Di Aplikasi Gmail
Sebelum dan selepas.

Buat pengetahuan, langkah ini juga boleh digunakan untuk memadamkan semua e-mel secara pukal, terutamanya di bahagian promosi yang jarang dibuka. Cara ini bukan sahaja memudahkan pengurusan peti masuk, tetapi juga membantu mengosongkan ruang dengan lebih efisien.

Itu sahaja tips untuk kali ini dan semoga bermanfaat. Sekiranya ada sebarang cadangan atau penambahbaikan, tinggalkan komen di platform media sosial kami.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Gmail Dilapor Akan Gantikan Ciri Pengesahan 2 Faktor Dengan Kod QR
  • Pengguna Google Workspace Kini Boleh Hasilkan Imej AI Terus Dari Gmail
  • Pengguna Kini Boleh Tempah Tukar Duit Raya Guna Aplikasi BIMB, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY