Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo Android

Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas

Diterbitkan Mac 28, 2023 oleh ariff bukhari

Google Project Zero memaklumkan bahawa mereka menemui kecacatan pada ciri keselamatan pada perkakasan modem dalam telefon pintar Android keluaran Samsung Semiconductor.

Hasil daripada ujian yang dijalankan oleh Project Zero mengesahkan bahawa sebanyak 4 daripada 18 kelemahan yang ditemui mereka akan membolehkan penyerang berkompromi dari jauh ke atas telefon pintar Android tanpa interaksi pengguna dengan hanya memerlukan penyerang mengetahui nombor telefon mangsanya sahaja.

Malah pasukan Google Project Zero juga percaya bahawa penyerang mahir dengan pantas akan dapat mengeksploitasi operasi untuk menjejaskan peranti yang terjejas secara senyap dari jauh.

Ekoran itu, pihak Samsung Semiconductor telah menyediakan senarai cip pemprosesan Exynos yang terjejas dengan kelemahan ini.

Berikut adalah senarai telefon pintar yang terjejas dengan kelemahan keselamatan tersebut:-

  • Telefon pintar Android keluaran Samsung termasuklah Galaxy S22, M33, M13, M12, A71, A53, A33, A21s, A13, A12 dan siri A04;
  • Telefon pintar Android keluaran Vivo termasuklah S16, S15, S6, X70, X60 dan siri X30;
  • Siri Pixel 6 dan Pixel 7 dari Google;
  • sebarang kenderaan yang dilengkapi dengan set cip Exynos Auto T5123.

Google menyedari akan isu kelemahan tersebut dan memaklumkan akan menawarkan kemas kini bagi menampal isu itu secara berperingkat.

Anda boleh menyemak dan segera memuat turun kemas kini tersebut terus dari peranti anda jika ada.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna dengan peranti yang masih terjejas, mereka dinasihatkan melindungi diri mereka daripada kelemahan keselamatan itu dengan mematikan ciri panggilan Wi-Fi dan Voice-over-LTE (VoLTE) dalam tetapan peranti mereka.

Berkaitan

  • Kemas Kini Tersedia, Ini Yang Baharu Dalam iOS 16.4
  • Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android - Kajian
  • Lagi 5 Tol Dipilih Untuk Terima Kad Debit, BESRAYA Jadi Yang Pertama Cuba MLFF

Sumber: scrippsnews, Project Zero

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY