Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UK Akan Cipta Teknologi Sekat Isyarat Telefon Mudah Alih Di Dalam Kereta

Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android – Kajian

Diterbitkan Mac 28, 2023 oleh ariff bukhari

American Trucks telah menerbitkan laporan berkenaan hasil kajian perbandingan tabiat memandu kenderaan antara pengguna telefon pintar Android dengan iPhone.

Sebanyak 6 tabiat utama pemanduan yang dibangkitkan dalam kajian itu iaitu Kelajuan, Menaip, Muzik, Langgar Tanda Berhenti, Tidak Beri Lampu Isyarat Membelok dan Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar.

Hasil daripada kaji selidik itu didapati, terdapat sedikit perbezaan antara gelagat pemanduan pengguna Android dan Apple.

Pengguna Android didapati 73% memandu laju berbanding pengguna iPhone (71%).

Pengguna Android juga didapati lebih kerap melanggar tanda isyarat berhenti berbanding pengguna iPhone.

Malah 55% pemandu yang menggunakan telefon pintar Android didapati  tidak memakai tali pinggang keledar berbanding pengguna iPhone (50%).

Namun begitu, pengguna iPhone didapati lebih ramai yang suka menaip ketika memandu berbanding Android dan berkongsi peratusan tabiat yang sama tidak memberikan lampu isyarat ketika membelok.

Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android – Kajian

Kajian itu menyimpulkan, pengguna Apple iPhone cenderung untuk memandu sedikit lebih berhati-hati, dan mereka juga lebih sedar tentang peraturan lalu lintas dan maksud papan tanda jalan.

Namun begitu pada masa yang sama, kajian itu turut mendapati pengguna iPhone sedikit lebih banyak menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya dan menerima lebih banyak saman atas kesalahan memandu berbanding pengguna Android.

Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android – Kajian

Laporan itu adalah hasil kaji selidik ke atas 1,000 rakyat Amerika (500 pengguna Android dan 500 pengguna Apple) mengenai tabiat memandu mereka.

Purata umur rakyat Amerika yang terlibat dalam  kajian itu pula adalah 38 tahu dengan 56% adalah lelaki dan 44% lagi adalah perempuan.

Berkaitan

  • CelcomDigi Ungguli Sebagai Penyedia Perkhidmatan Paling Bertambah Baik 2023 Di Malaysia - Opensignal
  • unifi Bakal Tawar Internet Fibre Berkelajuan 2Gbps
  • Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE

Sumber: American Trucks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY