Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tol highway plus rfid

Lagi 5 Tol Dipilih Untuk Terima Kad Debit, BESRAYA Jadi Yang Pertama Cuba MLFF

Diterbitkan Mac 28, 2023 · Dikemas kini Mac 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi sebentar tadi memberitahu bahawa 5 tol lagi turut akan menjalankan sistem pembayaran terbuka iaitu menerima kad debit/kredit.

5 tol lagi dengan sistem pembayaran terbuka

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)

Minggu lalu, kementeriannya mengesahkan bahawa 5 tol akan menerima pembayaran kad debit/kredit iaitu salah satu bayangan untuk memecahkan monopoli Touch ‘n Go.

PLUS kemudian sahkan Lebuhraya BKE turut akan mengamalkan sistem tersebut.

5 11 tol pembayaran terbuka

Ini bermakna ia sudah menjumlahkan 11 tol akan menerima pembayaran selain disediakan oleh Touch ‘n Go.

Sistem pembayaran terbuka ia akan mula dilaksana bermula September 2023.

6 tol diumumkan minggu lalu

  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

Katanya, sistem pembayaran yang menerima pembayaran selain Touch ‘n Go ialah salah satu persediaan untuk beralih pada sistem tol MLFF.

Dalam kenyataan Menteri hari ini, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA( telah dipilih sebagai lokasi untuk pelaksanaan percubaan proof of concept (POC) MLFF yang pertama.

Kalau pembayaran bermula pada September, fasa percubaan MLFF di BESRAYA pula akan mula berjalan pada penghujung Oktober 2023.

Berkaitan

  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch 'n Go Pada MyKad Anda
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Ini Cara Mohon 'Refund' Untuk Kad TNG Dan MyKad
  • Nak Beli Kad TNG NFC? Ini Cara Semak Jika Telefon Anda Sokong Ciri NFC
  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Kabinet Setuju Tol Tanpa Palang Dilaksana 2025, Kini Tunggu Rundingan Dengan Syarikat Konsesi
  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Kementerian juga sedang mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi yang lain bagi mendapatkan satu lagi lebuhraya bagi pelaksanaan POC MLFF. Keputusan lokasi POC kedua ini akan beliau umumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY