Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16.4

Kemas Kini Tersedia, Ini Yang Baharu Dalam iOS 16.4

Diterbitkan Mac 28, 2023 · Dikemas kini Mac 28, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan iOS 16.4, iaitu kemas kini utama yang keempat dalam sistem operasi iOS 16. Melalui kemas kini iOS 16.4, ia memperkenal beberapa ciri baharu termasuk emoji, pembetulan pepijat serta kemas kini keselamatan.

Berkaitan

  • Apple Tidak Mahu Terlalu Bergantung Kepada Samsung
  • Gurman: iOS 17 Dijangka Hadir Dengan Beberapa Ciri "Paling Diminta" Pengguna

Apa yang terbaharu dalam iOS 16.4?

Berikut disenaraikan antara yang baharu dalam iOS 16.4.

emoji iOS 16.4

  • 21 emoji baharu termasuk haiwan, gerak isyarat tangan dan lain-lain.
  • Pengasingan Suara untuk panggilan selular kini mengutamakan suara pengguna dan menyekat hingar di sekeliling persekitaran.
  • Album Duplicate dalam Photos kini boleh mengesan gambar dan video yang sama dalam iCloud Shared Photo Library.
  • Sokongan VoiceOver untuk peta dalam aplikasi Weather.
  • Keupayaan tetapan untuk memalapkan video secara automatik apabila cahaya lampu atau kesan strob dikesan.
  • Membetulkan isu di mana permintaan Ask to Buy daripada kanak-kanak mungkin gagal kelihatan pada peranti ibu bapa/penjaga.
  • Pengoptimuman Crash Detection pada empat model iPhone 14.
  • Kemas kini ini turut menyediakan pembetulan pepijat dan keselamatan.

Kemas kini iOS 16.4 boleh dimuat turun dan dipasang melalui Settings > General > Software Update > Download and Install bagi model iPhone 8 dan terbaharu yang menjalankan iOS 16.

Perlu diketahui, sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau peranti iOS yang menyokong kemas kini iOS 16.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY