Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lyria 3.5

Google Lancar Lyria 3.5 – Kualiti Vokal, Melodi Dan Lirik Kini Lebih Baik

Diterbitkan Julai 30, 2026 · Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini melancarkan Lyria 3.5, model penjanaan muzik terbaharunya yang kini tersedia dalam Google Flow Music. Model baharu ini hadir dengan pelbagai peningkatan bagi membantu pengguna menghasilkan lagu yang lebih berkualiti.

Menurut Google, Lyria 3.5 mampu menghasilkan melodi yang lebih ‘kaya’, kompleks dan kedengaran lebih semula jadi berbanding versi sebelumnya. Dari segi lirik pula, model ini menawarkan hasil yang lebih berkualiti dengan pematuhan yang lebih baik terhadap arahan (prompt) yang diberikan serta kefahaman lebih baik terhadap struktur lirik.

Kualiti vokal turut menerima penambahbaikan dengan nyanyian yang lebih realistik, ekspresif dan mampu menyampaikan emosi dengan lebih baik. Sebutan perkataan juga dipertingkat bagi menghasilkan vokal yang lebih semula jadi.

Selain itu, pengguna kini boleh mengawal tempo dan durasi lagu yang dijana dengan lebih mudah mengikut keperluan masing-masing.

Pengguna yang berminat kini boleh mula mencuba keupayaan Lyria 3.5 menerusi Flow Music.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Gemini Kini Boleh Bina Lagu Lengkap Hingga 3 Minit
  • Google Vids Kini Benarkan Semua Pengguna Jana Video AI Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY