Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Daftar Generasi Baru Pixel Buds Pada Bluetooth SIG

Google Daftar Generasi Baru Pixel Buds Pada Bluetooth SIG

Diterbitkan Januari 22, 2020 oleh Amalina Athman

Pada tahun lalu, Google mengejutkan ramai dengan pengumuman generasi kedua Pixel Buds di Made by Google 2019, sebagai pesaing kepada Apple AirPods. Pada ketika itu, Pixel Buds hanya berada pada peringkat prototaip.

Pada 21 Januari, Google Pixels Buds generasi kedua telah dilihat dalam penyenaraian Bluetooh SIG. Terdapat dua model yang dilampirkan pada penyenaraian tersebut iaitu G1007 dan G1008. Kemungkinan terdapat dua variasi Pixel Buds atau setiap nombor mewakili Buds dan pot pengecasan secara berasingan.

Screenshot (178)

Pixel Buds ini didaftarkan untuk Bluetooth 5.0 dan di bawah kategori “Mobile Phone Accessory”. Ia tidak akan menyokong Qualcomm aptX, kerana tiada perkakasan Qualcomm disenaraikan dalam pendaftaran tersebut.

Google Pixel Buds memberikan audio yang lebih baik, panggilan yang lebih jelas, dan sokongan arahan suara “Hey Google” untuk akses segera Google Assistant. Ia direka untuk keselesaan pengguna, berdasarkan imbasan ribuan telinga.

Pixel Buds 2020 dijangka akan dilancarkan pada Mei dan sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi daripada Google.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi Cari Bakat Bola Sepak Dipacu AI Akan Diperkenal Di Eropah
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa
  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
©2026 WISER.MY