Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Russian cybersecurity company Kaspersky Lab

Google Bertindak Buang Aplikasi Kaspersky Daripada Play Store

Diterbitkan Oktober 7, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2024 oleh ariff bukhari

Google didapati telah membuang aplikasi keselamatan Android Kaspersky daripada Google Play Stor dan melumpuhkan akaun pembangun syarikat yang berpangkalan di Rusia itu.

Pengguna telah melaporkan sepanjang minggu lepas bahawa produk Kaspersky (termasuk Kaspersky Endpoint Security dan VPN & Antivirus oleh Kaspersky) tidak lagi tersedia di Google Play di Amerika Syarikat dan rantau dunia yang lain, termasuk Malaysia.

Kaspersky telah mengesahkan isu itu di forum rasmi syarikat dengan berkata bahawa mereka sedang menyiasat mengapa perisiannya tidak lagi tersedia di Play Store.

Ekoran itu, Kaspersky menasihatkan pengguna untuk memasang aplikasi-aplikasi mereka daripada gedung aplikasi alternatif, termasuk Galaxy Store, Huawei AppGallery dan Xiaomi GetApps.

Aplikasi keselamatan syarikat itu juga boleh dipasang dengan memuat turun fail pemasangan .apk daripada laman rasmi Kaspersky.

Panduan cara memasang dan mengaktifkan perisian Kaspersky pada peranti Android boleh didapati di laman sokongan Kaspersky.

Pihak Google telah mengesahkan perkara ini dengan menyatakan tindakan mereka didorong oleh keputusan sekatan Amerika Syarikat ke atas produk Kaspersky.

“Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan AS baru-baru ini mengumumkan pelbagai sekatan ke atas Kaspersky. Akibatnya, kami telah mengalih keluar apl Kaspersky daripada Google Play,” Google.

Berkaitan

  • Kerajaan AS Haramkan Perisian Antivirus Kaspersky
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY