Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan AS Haramkan Perisian Antivirus Kaspersky

Kerajaan AS Haramkan Perisian Antivirus Kaspersky

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Biro Industri dan Keselamatan (BIS) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat hari ini mengumumkan sekatan perisian antivirus Kaspersky Lab berikutan kebimbangan keselamatan negara.

Berkaitan

  • TikTok Fail Saman Terhadap Kerajaan Amerika
  • Selepas Jumpa Kecacatan Pada Perisian iPhone, Apple Dilaporkan Enggan Bayar Kaspersky
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut Reuters, sumbernya memberitahu bahawa hubungan rapat Kaspersky dengan kerajaan Rusia menimbulkan risiko keselamatan negara. Ia berpotensi membenarkan syarikat perisian itu mencuri maklumat sensitif, memasang perisian hasad atau menahan kemas kini kritikal daripada komputer pengguna di AS.

Bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna dan perniagaan AS serta memberi masa untuk mencari alternatif yang sesuai, BIS berkata Kaspersky boleh meneruskan operasi tertentu di Amerika Syarikat – termasuk menyediakan kemas kini anti-virus dan pangkalan kod – sehingga 12:00AM EDT pada 29 September 2024.

Larangan itu adalah kemuncak siasatan dua tahun terhadap Kaspersky oleh Jabatan Perdagangan, yang mula menyiasat syarikat itu pada 2022.

Sumber: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat

Rujukan: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY