Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android anti curi

Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual

Diterbitkan Oktober 7, 2024 · Dikemas kini Oktober 7, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas diumumkan Mei lalu, Google kini mula menawarkan ciri anti kecurian baharu untuk pengguna telefon pintar Android iaitu Theft Detection Lock, Offline Device Lock dan Remote Lock.

Theft Detection Lock adalah ciri yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Google untuk mengesan jika seseorang merampas telefon anda dari tangan anda.

Offline Device Lock ialah satu lagi langkah perlindungan yang akan mengunci skrin secara automatik jika pencuri memutuskan sambungan telefon daripada internet untuk tempoh yang panjang.

Ini akan dapat membantu menghalang data daripada diakses penjenayah walaupun peranti berada di luar talian.

Manakala Remote Lock pula membolehkan pengguna mengunci telefon dari jauh hanya dengan menggunakan nombor telefon.

Ciri ini amat berguna dalam situasi di mana pengguna tidak boleh log masuk ke Find My Device menggunakan kata laluan akaun Google mereka.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/10/07100924/2._Theft_detection_lock.mp4

Ciri-ciri baharu ini telah pun mula dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android di seluruh dunia di mana sesetengah pengguna melaporkan mereka sudah mempunyai akses kepada ciri Theft Detection Lock dan Offline Device Lock.

Sementara pengguna yang lain melaporkan mereka menerima ciri Remote Lock.

Google telah mengesahkan bahawa versi akhir ciri ini akan tersedia kepada lebih ramai pengguna tahun ini.

Jadi, dengan adanya ciri-ciri keselamatan terbaru ini, pencuri yang cuba menjual semula telefon Android yang mereka curi itu akan menjadi tidak bermakna.

Berkaitan

  • Google Jadikan Peranti Android Yang Dicuri Tidak Lagi Boleh Dijual
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Laman Web Platform Penstriman Max Mula Diaktifkan Di Malaysia
  • U Mobile Juarai Pengalaman Permainan 5G Global, Atasi 20 Telco Antarabangsa Yang Lain

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY