Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Beri Bayangan Tiada Lagi Penjenamaan Android Selepas Ini

Google Beri Bayangan Tiada Lagi Penjenamaan Android Selepas Ini

Diterbitkan Oktober 13, 2018 oleh Haikel Areff

Google telah mengadakan satu majlis untuk memperkenalkan Pixel 3 dan Pixel 3 XL baru-baru ini. Selain spesifikasi dan maklumat mengenai dua telefon pintar, apa yang menarik mengenai acara tersebut ialah pihak Google langsung tidak menyebut perkataan Android sepanjang ia berlangsung.

Malah semasa memperkenalkan Pixel Slate yang menggunakan chromeOS, Google hanya memberitahu bahawa peranti berkenaan menyokong jutaan aplikasi. Frasa “menyokong jutaan aplikasi Android” dilihat lebih bertepatan dan sesuai, menurut pandangan beberapa pemerhati.

Google Beri Bayangan Tiada Lagi Penjenamaan Android Selepas Ini
Kredit : Zach Epstein, BGR

Perkara itu mungkin nampak remeh jika dilakukan oleh pembangun lain, namun tidak bagi Google. Tambahan pula, Google Pixel adalah siri telefon pintar yang terawal menerima sebarang kemas kini Android.

Apakah yang cuba disampaikan oleh pihak Google pada kali ini? Mungkinkah mereka sudah bersedia untuk menggantikan sistem Android dengan Fuchsia seperti yang dikatakan sebelum ini? Jika ya, kita mungkin akan tidak akan melihat Android Q diperkenalkan nanti.

Baca juga : Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Namun, memandangkan Android Pie baru sahaja diperkenalkan beberapa bulan yang lepas, kita mungkin tidak akan mendengar mengenai sistem operasi baru Google dalam masa terdekat.

 

Sumber : BGR

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY