Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Diterbitkan Julai 20, 2018 oleh Haikel Areff

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia.

Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk memberi sebarang informasi berkenaan perkembangan terbaru projek tersebut kepada umum sehingga hari ini. Namun, menurut laporan dari Bloomberg, OS terbaru itu mungkin akan menemui pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi.

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Kredit : Ars Technica

Project Fuchsia melibatkan seramai lebih dari 100 pekerja pada hari ini. Ia menggambarkan Google sedang mempercepatkan proses membangunkan OS terbaru ini. Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa ia mungkin hanya akan siap dibangunkan pada tahun 2023.

Sistem ini dijangka akan menyokong bukan sahaja peranti telefon pintar, malah ia akan turut tersedia untuk peranti lain seperti pembesar suara pintar, komputer, alatan rumah pintar dan mungkin beberapa peranti pintar lain yang akan dibangunkan pada masa akan datang.

Video Demo Google Fuchsia (Kredit : Ars Technica)

Oleh sebab itu, selain memberikan perlindungan keselamatan dan privasi yang lebih baik, Fuchsia juga akan hadir dengan sokongan pengesanan suara dan kecerdasan buatan(AI) yang dinaiktaraf berbanding teknologi sedia ada hari ini.

Sekiranya sistem operasi ini benar-benar dapat dibangunkan, ia akan menjadi satu cabaran hebat buat peranti iOS daripada Apple. Ini kerana perubahan besar yang akan berlaku pada peranti Android kelak pasti akan menyangkal tohmahan pengguna iOS yang selama ini mengatakan kemaskini Android OS adalah membosankan, kurang kawalan privasi dan tidak inovatif.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY