Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5. From left to right_ Alan Ni, Chief Executive Officer of TNG Digital with Zac Liew, Co-founder and Chief Executive Officer of Curlec

Curlec by Razorpay Umum Kerjasama Dengan TNG Digital, Perkasakan Pasaran Yang Kurang Mendapat Liputan

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Curlec by Razorpay, mengumumkan kerjasama bersama syarikat FinTech bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital, pengendali TNG eWallet.

Curlec by Razorpay yang merupakan gerbang pembayaran teknologi kewangan (FinTech) terkemuka di Malaysia, memproses sehingga 10,000 transaksi sesaat, dengan lebih 2,000 pelanggan tempatan dan lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia.

Diintegrasikan secara langsung dengan TNG eWallet, ini membolehkan Curlec bekerjasama untuk memperkasakan pasaran yang kurang mendapat liputan bagi meningkatkan keboleh capaian kewangan buat peniaga dan pengguna di seluruh negara.

Ini termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), individu tanpa bank di kawasan luar bandar, dan generasi muda yang tidak mempunyai akses kepada kad debit atau kredit.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada banyak perniagaan dan pengguna di Malaysia. Sekitar 88% rakyat Malaysia memilih TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran pilihan. Dengan kadar penembusan pasaran yang tinggi, memanfaatkan TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran akan mencapai golongan yang kurang mendapat akses bank dan mereka yang tidak boleh mendapatkan kad kredit.” Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Curlec, Zac Liew.

Dalam laporan berkaitan hari ini, Malaysia menerajui penggunaan dompet mudah alih, dengan 63% rakyat negara ini menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah.

Ia sekali gus menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna dompet digital tertinggi di dunia.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan

Sumber: Siaran media Curlec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY