Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb logoo

CIMB Tawar Pembiayaan EV Dan Sokong Pembayaran Tanpa Sentuh Pertama Dalam Pasaran

Diterbitkan Mei 29, 2024 oleh ariff bukhari

Bersama dalam usaha menggalakkan kempen pemilikan Kenderaan Elektrik (EV), syarikat perbankan CIMB Bank Berhad (CIMB) kini sedang menawarkan solusi pembiayaan EV dengan faedah eksklusif.

Kempen EV CIMB ini sudah pun bermula dari 1 Mei 2024 dan akan berakhir pada 31 Disember 2024 nanti.

Antara faedah eksklusif yang ditawarkan CIMB ini adalah seperti diskaun RM1,500 untuk pengecas EV 22kW di rumah daripada EVPower, kadar keutamaan pembiayaan auto serendah 2.28% setahun dan insurans perlindungan untuk Alat Pengecas EV di rumah sebanyak RM15,000.

CIMB Tawar Pembiayaan EV Dan Sokong Pembayaran Tanpa Sentuh Pertama Dalam Pasaran

Selain itu, CIMB juga kini menjalinkan kerjasama dengan JuiceUP, anak syarikat PAIDChain Sdn Bhd, dan Visa untuk memperkenalkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh pertama dalam pasaran, yang direka untuk stesen caj EV.

 

Perkongsian CIMB-JuiceUP-Visa ini membolehkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh, menyediakan cara yang mudah untuk pemilik EV mengecas kenderaan mereka menggunakan kad debit atau kredit.

CIMB Tawar Pembiayaan EV Dan Sokong Pembayaran Tanpa Sentuh Pertama Dalam Pasaran
CIMB Tawar Pembiayaan EV Dan Sokong Pembayaran Tanpa Sentuh Pertama Dalam Pasaran

Sebagai sebahagian daripada perkongsian eksklusif, pemegang Kad Kredit dan Debit CIMB kini boleh menikmati diskaun sehingga 15% perkhidmatan pengecasan di stesen EVPower dengan menggunakan kad CIMB mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran EV CIMB, sila lawati laman rasmi http://www.cimb.com.my/ev.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan

Sumber: CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY