Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990

Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990

Diterbitkan Mei 20, 2024 · Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh ariff bukhari

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini  mengumumkan Golf R pemasangan tempatan akan dipamerkan pada acara Malaysia Autoshow yang akan berlangsung  pada 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang.

VPCM turut mengumumkan, model Golf R ini ditawarkan pada harga bermula RM332,990 yang termasuk Pakej Jaminan Volkswagen  Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelengaraan, jaminan tanpa  had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.  

Dikuasakan enjin turbo 4 silinder 2.0TSI yang berupaya menjana kuasa sehingga 320PS dan  tork 400Nm, Golf R dilengkapi transmisi klac basah 7-kelajuan DSG, yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencatat kelajuan  maksimum 250km/j.

Aspek keselamatan dan cengkaman dikekalkan  menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION serta ‘torque vectoring’ berprestasi tinggi.  

Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990
Golf R dilengkapi dengan “R Performance Package” sebagai standard, yang merangkumi ekzos titanium Akrapovič, rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, spoiler belakang baharu serta mod pemanduan “Drift” dan “Special”.
Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990
Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990

Selain enjin yang berprestasi, Golf R yang dikilangkan di Malaysia ini juga disokong oleh teknologi IQ.DRIVE dan sistem bantuan pemandu  termaju seperti Bantuan Perjalanan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (Travel  Assist with Adaptive Cruise Control, ACC), Bantuan Sisi (Side Assist), Bantuan  Hadapan (Front Assist), Bantuan Lorong (Lane Assist) dan Bantuan  Kecemasan (Emergency Assist). 

“Memasang hatchback berprestasi tinggi seperti ini dikilang tempatan sememangnya satu pencapaian besar buat kami. Tambahan pula, kami sungguh gembira dapat memperkenalkan model yang mencatat sejarah ini pada harga yang sangat kompetitif.” VPCM.

VPCM memaklumkan, stok bagi Golf R pemasangan tempatan ini adalah terhad. Jadi, kepada yang berminat disarankan membuat tempahan secepat mungkin.

Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990
Mod “Drift” dan “Special” boleh diakses menerusi butang “R” pada stereng yang menawarkan pelbagai mod ubah suai pada rangkaian kuasa.
Golf R Pemasangan Tempatan Akan Muncul Di Malaysia Autoshow, Harga Bermula RM332,990

Selain Golf R, VPCM turut akan mempamerkan Touareg 3.0TSI V6 R-Line  4MOTION baharu dan Arteon 2.0TSI R-Line 4MOTION di Hall 2, MAEPS, Serdang.

Pelanggan yang hadir di Malaysia Autoshow juga akan menerima lebih banyak  ganjaran kerana Volkswagen kini menawarkan promosi istimewa iaitu  penjimatan sehingga RM36,000.

Mereka yang membeli Arteon juga akan  menikmati penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun.  

Bukan itu sahaja, sesiapa yang menempah mana-mana model Volkswagen  pada acara Malaysia Autoshow berpeluang untuk memenangi percutian  mewah yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke The Banjaran  Hotsprings Retreat di Ipoh, Perak.

Promosi ini juga ditawarkan ke seluruh  negara sehingga 31 Mei 2024.

Tiket ke pameran Malaysia Autoshow sudah pun boleh dibeli di laman rasmi https://event.autoshow.my/#/ticketing/event/pzVpQ/individual yang berharga RM20/orang.

(Kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas ditawarkan masuk percuma ke pameran dengan mempamerkan MyKad/MyKid).

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perodua Bagi 'Hint', Kereta Hibrid Mungkin Dipamerkan Di Malaysia Autoshow 2024

Sumber: Volkswagen Passenger Cars Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY