Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Autoshow 2024

Perodua Bagi ‘Hint’, Kereta Hibrid Mungkin Dipamerkan Di Malaysia Autoshow 2024

Diterbitkan Mei 18, 2024 · Dikemas kini Mei 18, 2024 oleh ariff bukhari

Para peminat permotoran pastinya tidak sabar menantikan pameran automobil, Malaysia Autoshow 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 22 (Rabu) hingga 26 Mei (Ahad) 2024 ini.

Malaysia Autoshow 2024

Salah satu syarikat tempatan yang mengesahkan akan hadir di pameran itu adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang telah pun berkongsikan poster yang seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka akan menampilkan kenderaan masa depan yang dipacu teknologi hibrid.

Daripada poster yang dikongsikan Perodua, ia menampilkan bayangan kenderaan hatchback dengan enjin hibrid.

Belum dapat dipastikan platform mana yang akan digunapakai namun berdasarkan andaian ramai, berkemungkinan ia akan dilengkapkan pada platform Myvi yang baharu.

myvi hibrid

Perodua juga menawarkan kepada para pengunjung mereka dengan baucar dan rebat yang bernilai sehingga RM2,000 yang menempah model Aruz dan model-model kenderaan keluaran mereka yang lain serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang acara tersebut.

Malaysia Autoshow 2024

Jadi jom ke jerayawara Perodua yang akan bertempat di Dewan A, MAEPS, Serdang bagi melihat sendiri teknologi yang akan ditampil Perodua untuk model kenderaan generasi baharu mereka serta banyak lagi pengeluar lain yang turut sama dalam menjayakan pameran ini nanti.

Tiket ke pameran ini sudah pun boleh dibeli di laman rasmi https://event.autoshow.my/#/ticketing/event/pzVpQ/individual yang berharga RM20/orang.

(Kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas ditawarkan masuk percuma ke pameran dengan mempamerkan MyKad/MyKid).

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • EV SUV Coupe smart #3 Akan Dipertontonkan Kepada Umum Di 'Malaysia Autoshow 2024'

Sumber: Perodua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY