Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spin & Win_Go Shop 8th Birthday

Go Shop Tawar Banyak Baucar Dengan Go Points Sempena Ulang Tahun Ke-8

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Siapa sahaja yang tidak menyukai tawaran hebat semasa membeli-belah atas talian kan? Tambah lagi pada semua pelanggan wanita dan juga yang berkeluarga. Kini, Go Shop telah menawarkan pelbagai kelebihan dan potongan harga kepada semua pelanggannya.

Sempena ulang tahun yang ke-8, Go Shop telah mengeluarkan baucar bernilai RM8 juta, hadiah serta Go Points yang bernilai sehingga RM88,000, dan rancangan istimewa secara langsung di mana akan ada promosi Beli 1 Percuma 1.

Antara barang-barang yang pelanggan boleh dibeli dengan penjimatan harga yang besar ini merangkumi perkakas rumah sehingga barangan digital.

Tawaran yang tersedia oleh Go Shop sepanjang 3 minggu ia berlangsung adalah siaran ‘Go Shop 8mazing Live Parties’. Rancangan ini mengandungi pelbagai tawaran hebat serta promosi Beli 1 Percuma 1 untuk direbut dan juga lebih banyak diskaun.

Terdapat penampilan khas yang terdiri daripada selebriti tanah air yang terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling.

Ianya akan disiarkan pada 29 Oktober pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Astro saluran 303. Rancangan yang seterusnya adalah pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh menyaksikannya melalui strim SIARAN LANGSUNG di aplikasi Astro Go atau mana-mana laman sesawang yang berkait dengannya.

1. Raianna, Chef Izyan Hani, Datin Fouziah Gous, Wong Chui Ling, Tiong Button

Pada setiap pembelian minimum RM288, pelanggan berpeluang untuk masuk penyertaan dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang bernilai sehingga RM88,000 dan juga Go Points. Jadi, lebih banyak pelanggan membeli-belah, lebih banyak penyertaan yang pelanggan akan perolehi.

Hadiah-hadiah yang berpeluang untuk dimenangi adalah  Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM88 dengan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688. Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat menerima tawaran pukal barangan must-buy bernilai RM88 dan RM188 sekiranya mereka menonton Pre-Birthday Live Shows pada 28 Oktober jam 11.00 pagi di Astro saluran 118 dan jam 12 tengah hari di Astro saluran 303.

Shop & Save_Go Shop 8th Birthday

Untuk cara paling mudah pula, pengguna aplikasi Go Shop juga berpeluang untuk memutar Emoji Wheel yang terdapat dalam aplikasi tersebut pada setiap hari untuk memenangi Go Points. Akhir sekali, pengguna boleh membeli Emoji Mystery Boxes yang berharga RM18 sahaja untuk memenangi barangan hebat dari barisan jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakda, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000.

Berkaitan

  • Infinix Note 12 Dah Ada Varian 256GB, Boleh Dapatkan Pada Harga RM799 Bermula Esok
  • Buang 24 'Extension' Pelayar Chrome Dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data
  • Harga Jualan Nothing Ear (1) Naik RM100
  • Apple Ambil Potongan 30% Untuk 'Boost', Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook
  • Pendapatan Tiba-Tiba Berkurang, Peniaga Dakwa TikTok Shop Kenakan Caj Untuk Jualan 2-3 Bulan Lepas

Tawaran-tawaran hebat ini telah berlangsung dari 18 Oktober hingga 8 November 2022. Nantikan juga kategori baharu daripada Go Shop iaitu Go Shop Premium. Pelanggan berpeluang untuk memiliki jenama-jenama yang tulen dan premium serta ciri ‘Service and Tour‘ di mana menampilkan pelbagai jenis pakej percutian dengan nilai hebat serta pengalaman perjalanan istimewa di seluruh Malaysia. 

Layari laman sesawang Go Shop dan juga aplikasinya untuk keterangan lebih lanjut serta terma dan syarat tawaran-tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go ​​Shop. 

Sumber: Siaran Akhbar Go Shop

Gambar: Siaran Akhbar Go Shop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY