Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix note 12 2023

Infinix Note 12 Dah Ada Varian 256GB, Boleh Dapatkan Pada Harga RM799 Bermula Esok

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Infinix Note 12 2023 kini mempunyai storan sebesar 256GB. Ia lebih besar berbanding varian terdahulu, iaitu sebesar 128GB.

Dengan kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang, telefon ini dilengkapi dengan MediaTek Helio G99 6nm di mana memberi pengalaman yang menarik kepada pengguna. RAM juga diperluaskan sehingga 13Gb (8GB + 5GB)  untuk menaikkan kualiti dan kelajuan kepada aplikasi yang digunakan.

Bateri untuk telefon ini adalah sebesar 5000mAh bersama 33W Fast Charge untuk jangka hayat yang lebih panjang serta lama. Ia juga mempunyai 6.7″ FHD+ True Colour AMOLED di mana akan memberikan paparan yang lebih jelas dan juga terang.

Infinix Note 12 2023 3

Kameranya dilengkapi dengan 50MP Ultra Night Triple Camera yang akan meningkatkan lagi kualiti gambar semasa sesi fotografi. Monster Gaming Kit turut diselitkan ke dalam ciri telefon pintar ini khususnya untuk “gamers” di luar sana.

Berkaitan

  • Mengenang Google Nexus, Siri Legenda Sebelum Pixel "Terkenal Di Bukit Bintang"
  • Siri Samsung Galaxy S22 Mula Terima Kemas Kini One UI 5.0 Berasaskan Android 13
  • One UI 5.0 Mula Dilepaskan, Mari Semak Bila Peranti Samsung Anda Akan Dapat
  • Biarpun Telefon Sedang Dibaiki, Fungsi Privasi Baharu Samsung Mampu Jaga Data Pengguna
  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C

Infinix Note 12 bakal dikeluarkan di pasaran pada 27 Oktober 2022. Warna pilihan yang ada bagi pasaran di Malaysia adalah Volcanic Grey, Tuscany Blue, dan Alpine White. Harga pasaran bagi telefon ini ialah RM899 namun akan dikurangkan sebanyak RM799 bermula dari 27 Oktober 2022 sehingga 29 Oktober 2022 di kedai rasmi Shopee.

Beli Infinix Note 12 di sini – https://shope.ee/2pu3O5kTj8

Sumber: Siaran Akhbar Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY