Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing ear (1)

Harga Jualan Nothing Ear (1) Naik RM100

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Amalina Athman

Pada pertengahan Oktober, Carl Pei memaklumkan harga jualan bagi fon telinga Nothing Ear (1) akan dinaikkan bermula 26 Oktober 2022.

Terbaharu, Nothing kini telah menaikkan harga jualan Ear (1) sebanyak RM100 untuk pasaran Malaysia. Dengan kenaikan sekitar 20% itu, Nothing Ear (1) kini dijual pada harga RM599 berbanding harga yang ditawarkan ketika pelancarannya RM499.

Harga Jualan Nothing Ear (1) Naik RM100

Pei sebelum ini berkata, kenaikan harga Nothing Ear (1) adalah disebabkan kos yang semakin meningkat. Namun, tidak dinyatakan dengan lebih terperinci mengenainya.

Berkaitan

  • Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan
  • Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Rekaan Nothing ear (2)

Ketika ini, tidak hanya Nothing, pelbagai jenama lain mula menaikkan harga jualan produk masing-masing, sama ada melibatkan negara tertentu atau secara global. Antara yang dikaitkan dengan kenaikan harga jualan produk adalah inflasi yang semakin meningkat serta tukaran mata wang yang lemah.

Sumber: Nothing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY