Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menghentikan Chrome Daripada Menyekat Proses Muat Turun

Buang 24 ‘Extension’ Pelayar Chrome Dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Guardio Labs melaporkan penemuan perisian hasad yang disebarkan menerusi extension yang ditawarkan untuk aplikasi pelayar Google Chrome.

Penyelidik menjelaskan, extension ini menawarkan tetapan pilihan penyesuaian warna tanpa kod berniat jahat untuk mengelakkan ia dari dikesan.

Oleh sebab itu penganalisis menamakan kempen penyebaran perisian hasad ini sebagai “Dormant Colors.”

Dalam laporan Guardio Labs itu menyatakan, extension ini bukan sahaja sekadar menceroboh tetapi juga melaksanakan arahan pengemaskinian kod dan pengumpulan telemetri serta bertindak sebagai tulang belakang pelayan bagi menuai data daripada berjuta-juta penggunanya.Buang 24 ‘Extension’ Pelayar Chrome Dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data

Rajah di atas menunjukkan cara perisian hasad itu beroperasi.

Ia juga mengklasifikasikan sasaran yang berpotensi, dan dapat menyasarkan pengguna tertentu dengan pelbagai jenis vektor serangan.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Microsoft Sedang Bangunkan Aplikasi Optimasi PC Seakan 'CCleaner'
  • Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati 'Memakan' Bateri Telefon Pintar
  • Guna Aplikasi Pihak Ketiga Ini Untuk Ubah Kedudukan 'Taskbar' Windows 11 Dan Akses Pelbagai Lagi Tetapan Lain

Penyelidik mengatakan mangsa ke halaman pancingan data untuk mencuri akses ke akaun-akaun seperti Microsoft 365, Google Workspace, laman bank atau platform media sosial.

Berikut adalah senarai extension yang didapati menjalankan kempen “Dormant Colors” sepertimana yang dinyatakan oleh Guardio Labs dalam laporan mereka:-

extension Chrome malware

Penyelidik Guardio Labs memaklumkan sehingga kini, penyebaran perisian hasad melalui extension Chrome dan Edge tersebut masih berlaku yang telah berjaya menjangkiti berjuta penggunanya di seluruh dunia.

Sumber:  Guardio Lab, bleepingcomputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY