Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GIGABYTE Lancar Papan Induk AORUS Baharu Paling Laju Di Pasaran

GIGABYTE Lancar Papan Induk AORUS Baharu Paling Laju Di Pasaran

Diterbitkan September 30, 2025 oleh ariff bukhari

GIGABYTE TECHNOLOGY Co. Ltd, melancarkan papan induk baharu komputer meja Z890 AORUS Tachyon Ice.

Ia merupakan papan induk berprestasi tinggi yang direka khas untuk peminat overclocking dan pemain tegar permainan.

Z890 AORUS  Tachyon Ice menyokong pemproses Intel generasi terkini dan dilengkapi dengan sokongan memori DDR5 sehingga 12920 MT/s, menjadikannya model papan induk yang terpantas ada di pasaran ketika ini.

AORUS Z890 Tachyon Ice

 

Ciri-ciri lain termasuklah sokongan PCIe 5.0, Wi-Fi 7, dan sistem penyejukan untuk ujian ekstrem.

Dengan sokongan mod BIOS khas, ia menjadi pilihan utama dalam pertandingan overclocking.

Papan ini bukan sahaja berkuasa, tetapi juga direka untuk ketahanan dan fleksibiliti maksimum dalam pelbagai senario penggunaan.

AORUS Z890 Tachyon Ice
Papan induk ini terbina dengan GPU Intel® HD Graphics:- 1 x Penyambung Intel® Thunderbolt™ 4 (port USB Type-C®), menyokong output video DisplayPort dan Thunderbolt™ serta resolusi maksimum 5120×2880@60 Hz dengan 24 bpp (melalui output paparan tunggal).

Walau bagaimanapun, GIGABYTE belum lagi megumumkan harga jualannya buat masa ini.

Selain model papan induk baharu ini, GIGABYTE turut menawarkan siri papan induk Z890 AORUS yang lain yang sudah tersedia di pasaran tempatan.

AORUS Z890

Beli barisan pilihan papan induk berprestasi dari GIGABYTE di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzpvy
  • Lazada – https://invl.me/clmzpwb

Berkaitan

  • GIGABYTE Lancar AORUS RTX 5090 AI BOX, eGPU RTX 5090 Pertama Di Dunia
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • HUAWEI WATCH Ultimate 2 Tiba Di Malaysia, Sokong Selaman Sehingga 150 Meter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY