Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AORUS RTX 5090 AI BOX

GIGABYTE Lancar AORUS RTX 5090 AI BOX, eGPU RTX 5090 Pertama Di Dunia

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

GIGABYTE melancarkan AORUS RTX 5090 AI BOX, eGPU desktop pertama di dunia berasaskan GeForce RTX 5090 dengan seni bina NVIDIA Blackwell.

Direka untuk gamer, pencipta kandungan dan peminat AI, ia menggunakan sambungan Thunderbolt 5 yang menawarkan sehingga 80Gbps jalur lebar serta pengecasan 100W melalui satu kabel sahaja.

Peranti ini mampu mengubah komputer riba ultra nipis menjadi mesin berkuasa setaraf desktop dengan sokongan grafik ekstrem, 32GB VRAM, lebih 3000 AI TOPS, dan teknologi DLSS 4 untuk gaming.

AORUS RTX 5090 AI BOX

Bagi pencipta kandungan, ia serasi dengan NVIDIA Studio Drivers dan mempercepat kerja penyuntingan video, rendering 3D, serta reka grafik dengan integrasi AI.

Untuk AI pula, pengguna boleh melatih model tersuai, menjalankan bot sembang, atau menggunakan aplikasi seperti Stable Diffusion, Llama, Flux, ChatRTX, dan NVIDIA NeMo terus di PC tanpa perlu muat naik data ke awan terlebih dulu.

AORUS RTX 5090 AI BOX
AORUS RTX 5090 AI BOX
AI BOX turut menyediakan sambungan meluas untuk monitor tambahan, papan kekunci, tetikus, tablet lukisan, dan rangkaian berwayar.

Untuk menyejukkan sistem berkuasa tinggi ini, AORUS RTX 5090 AI BOX dilengkapi sistem penyejukan AORUS WATERFORCE memastikan prestasi optimum dengan radiator 240mm, kipas 12cm berganda, pam air beroptimum, dan plat asas tembaga besar untuk operasi senyap dan stabil.

AORUS RTX 5090 AI BOX

Pertama kali diperkenalkan di Computex 2025, AORUS RTX 5090 AI BOX  kini secara rasmi tersedia untuk dibeli tanpa didedahkan harga rasminya.

Namun sebagai perbandingan, kad grafik Gigabyte AORUS GeForce RTX 5090 MASTER ICE dijual pada harga RM15,599.

Untuk maklumat lanjut AORUS RTX 5090 AI BOX ini, sila ke laman rasmi GIGABYTE.

Beli barisan produk GIGABYTE dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmxa5r
  • Lazada – https://invl.me/clmxa5o

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025
  • 'Sideloading' Pada Android Akan Lebih Ketat Mulai Tahun Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY