Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fenomena “Blood Moon” Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia September Ini

Gerhana Bulan Penuh Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia Bermula Jam 16:46 3 Mac 2026

Diterbitkan Mac 1, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh ariff bukhari

Pada 3 Mac bersamaan dengan malam 14 Ramadan 1447H ini dijangka akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh yang akan dapat disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Berdasarkan info yang dikongsikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), gerhana bulan ini akan berlaku bermula dari jam 4:46 petang bermula dengan Gerhana Penumbra.

Fasa gerhana penuhnya pula akan berlaku pada jam 7:06 minit, manakala fasa gerhana maksimum (Puncak Gerhana) ialah pada jam 7:34 malam.

Fenomena gerhana bulan 2026 ini dijangka akan berakhir pada jam 10:22 malam.

Gerhana Bulan Penuh Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia Bermula Jam 16:46 3 Mac 2026

JUPEM turut memaklumkan bahawa pasukan mereka (Bahagian Ukur Geodetik) akan berada di Masjid Putra, Putrajaya dalam menjayakan program Cerapan Gerhana Bulan Penuh & Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) anjuran JAKIM.

Gerhana Bulan Penuh Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia Bermula Jam 16:46 3 Mac 2026
Gerhana Bulan Penuh Akan Dapat Disaksikan Di Malaysia Bermula Jam 16:46 3 Mac 2026

Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Bulan Penuh pada tahun 2026, dan Gerhana Bulan Penuh seterusnya hanya akan berlaku pada 31 Disember 2028.

Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan sehingga bayang-bayang Bumi menutupi keseluruhan permukaan Bulan. Fenomena ini menyebabkan Bulan kelihatan kemerahan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit
  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY