Di sebalik kebangkitan pesat teknologi Kecerdasan Buatan (AI), tersirat satu tragedi dalam dunia kesusasteraan.
Syarikat-syarikat gergasi AI kini dilaporkan mula memburu dan membeli buku-buku cetakan lama—terutamanya terbitan sebelum tahun 2022—dalam jumlah ratusan ribu naskhah dari perpustakaan dan penjual buku terpakai.
Tindakan tu dibuat kerana bahan-bahan bercetak ini mengandungi hasil penulisan murni manusia yang “bersih” daripada pencemaran teks buatan AI.
Namun, apa yang menjadikannya malangnya adalah demi menukarkan tulisan fizikal kepada data digital, halaman-halaman buku ini dipotong, dileraikan dari kulitnya, dan disumbat ke dalam mesin imbasan.
Lebih mengejutkan, proses imbasan pemusnahan (destructive scanning) ini telah disahkan sah di sisi undang-undang mahkamah.
Selepas setiap bait kata disedut masuk ke dalam memori komputer, buku-buku yang pernah menjadi teman setia pembaca ini akhirnya dimusnahkan begitu sahaja.
Sebuah buku yang dahulunya ditulis dengan jiwa dan peluh keringat manusia, kini hancur hanya untuk dijadikan bahan ‘santapan’ algoritma tanpa jiwa.
Apabila helaian fizikal terakhir musnah dilenyapkan, kita bukan sahaja kehilangan naskhah kertas, tetapi turut memadamkan sebahagian daripada warisan dan sejarah manusia yang tidak akan mungkin dapat diganti lagi.
{suggest}
