Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilapor Sudah Lama Rancang Tinggalkan Cakera PlayStation

Calon Presiden Perancis Berang Sony Hentikan Produksi CD PlayStation

Diterbitkan Julai 6, 2026 · Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh ariff bukhari

Calon presiden berhaluan kiri tegar Perancis, Jean-Luc Melenchon, yang terkenal menyokong langkah memiliknegarakan perkhidmatan asas, pada hari Jumaat secara lantang menyokong hak harta… bagi permainan video.

Sony awal minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran permainan PlayStation baharu dalam bentuk cakera bermula tahun 2028, dan beralih sepenuhnya kepada muat turun digital bagi konsol permainan mereka.

Langkah ini mencetuskan keresahan dalam kalangan pemain yang lebih gemar memiliki salinan fizikal permainan tersebut.

Melenchon berkata, dengan beralih kepada model digital sepenuhnya, penerbit permainan video akan mempunyai keupayaan untuk menyekat akses pada masa hadapan.

“Hak pembeli akan dinafikan,” amaran beliau. “Jangan biarkan mereka merampas warisan budaya kita. Ambil semula kawalan!” tulis beliau, sambil mengedarkan satu petisyen untuk menyelamatkan salinan fizikal permainan video.

Pengumuman Sony itu dibuat tidak lama selepas penerbit “Grand Theft Auto VI” — yang diramal bakal menjadi produk budaya dengan jualan terbesar dalam sejarah — menyatakan bahawa pelancaran permainan tersebut adalah dalam bentuk digital sahaja.

Pasaran permainan video sebahagian besarnya telah beralih ke arah digital sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, sebilangan besar pemain tetap mahukan salinan fizikal, yang membolehkan mereka bertukar-tukar permainan serta melakukan jualan barangan terpakai.

Sementara itu, kehilangan permainan dalam talian yang lebih lama — di mana pengguna telah membayar untuk mendapatkan akses — telah mencetuskan kebimbangan mengenai hak pengguna serta kehilangan warisan budaya yang diwakili oleh ciptaan berkenaan.

Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu menolak untuk mengambil tindakan terhadap petisyen yang ditandatangani oleh lebih sejuta rakyat Eropah mengenai isu itu, dengan memberi amaran bahawa langkah sedemikian berisiko melanggar hak milik pencipta permainan berkenaan. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028
  • Huawei Umum Kadar Lesen Wi-Fi 7, RM2.30 Bagi Setiap Peranti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY