Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tamron Jawab Laporan Sony Hantar Cadangan Ambil Alih Syarikat Sepenuhnya

Tamron Jawab Laporan Sony Hantar Cadangan Ambil Alih Syarikat Sepenuhnya

Diterbitkan Julai 30, 2026 ยท Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi teknologi Jepun, Sony, dilapor telah mengemukakan cadangan pengambilalihan rasmi untuk menjadikan pengeluar kanta terkenal, Tamron, sebagai anak syarikat miliknya secara 100%.

Sony sudah pun memegang 14.7% pegangan saham dalam Tamron, manakala Effissimo Capital yang berpangkalan di Singapura merupakan pemegang saham terbesar dengan 17.4%.

Saham Tamron yang bernilai $1.18 bilion terus membeku akibat kebanjiran pesanan beli yang luar biasa.

Manakala saham Sony pula merosot 1.7% berikutan kebimbangan pelabur mengenai tekanan harga cip memori.

Menurut laporan itu, jurucakap Sony berkata cadangan itu akan meningkatkan nilai korporat Tamron dan kepentingan pihak berkepentingannya, serta menyumbang kepada pembangunan perniagaan pengimejan Sony.

Ekoran itu, Tamron telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi dengan mengesahkan bahawa mereka telah menerima cadangan yang tidak mengikat daripada Sony Corporation mengenai beberapa siri transaksi untuk menjadikan Tamron sebagai anak syarikat milik penuh Sony Group Corporation.

Bagi menilai cadangan ini, Tamron memaklumkan merea bertindak menubuhkan Jawatankuasa Khas yang bertanggungjawab meneliti pilihan terbaik demi meningkatkan nilai korporat syarikat itu.

Buat masa ini, Tamron menegaskan tiada perkara yang perlu didedahkan secara rasmi.

Berkaitan

  • Calon Presiden Perancis Berang Sony Hentikan Produksi CD PlayStation
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • CelcomDigi Kini Tawar Yuran Ansuran 0% Untuk Telefon Pintar Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY