Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gentari Perkenalkan ‘Idle Fee’ Bermula 30 Mac, Gantikan Caj ‘Overstay’

Gentari Perkenalkan ‘Idle Fee’ Bermula 30 Mac, Gantikan Caj ‘Overstay’

Diterbitkan Mac 26, 2026 · Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Bagi memastikan rangkaian pengecasan lebih efisien, Gentari secara rasmi akan memperkenalkan Idle Fee bermula 30 Mac 2026 ini. Langkah ini dibuat bagi menggalakkan pengguna mengalihkan kenderaan mereka dengan lebih cepat sebaik sahaja sesi pengecasan selesai, sekali gus memberi peluang kepada pemandu EV yang lain.

Dengan pengenalan ini, caj Overstay Fee yang digunakan sebelum ini akan dimansuhkan dan digantikan sepenuhnya dengan Idle Fee.

Cara Caj ‘Idle Fee’ Berfungsi

  • Tempoh Ihsan 15 Minit: Caj hanya akan bermula sekiranya kenderaan anda masih terpasang pada pengecas melebihi 15 minit selepas sesi pengecasan tamat.
  • Kadar Caj: Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.40 seminit bagi kedua-dua jenis pengecas AC dan DC.
  • Lokasi Terlibat: Caj ini terpakai di semua rangkaian pengecas Gentari kecuali di lokasi hotel dan resort tertentu.

gentari go

Gentari turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa mengaktifkan notifikasi pada aplikasi Gentari Go. Ini bagi memastikan anda mendapat amaran segera sebaik sahaja sesi pengecasan tamat dan tempoh ihsan 15 minit bermula.

Perkara ini juga adalah sebagai usaha Gentari untuk mendidik pengguna EV di Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan infrastruktur pengecasan kongsi ini dapat dinikmati oleh semua dengan lebih adil.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi
  • CATL Uji Robot Pengecas EV, Boleh Datang Sendiri Ke Kereta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY