Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tsmc yahoo finance

Pembuatan Cip TSMC Terjejas Akibat Gempa Bumi Di Taiwan

Diterbitkan April 3, 2024 · Dikemas kini April 3, 2024 oleh Amalina Athman

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) dilapor telah menghentikan beberapa pembuatan cip selepas gempa bumi terkuat dalam tempoh 25 tahun menggegarkan Taiwan.

Berkaitan

  • Google Dilapor Akan Uji Cip Tensor Di Taiwan Sebelum Beralih Ke TSMC
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Syarikat yang berpangkalan di bandar Hsinchu itu berkata pemeriksaan awal menunjukkan kilang tersebut adalah “normal”. Mereka yang dipindahkan juga sudah mula kembali ke kilang setakat petang Rabu, kata jurucakap TSMC.

Bagaimanapun, pembuatan di beberapa tapak tersebut telah digantung dan hanya akan disambung semula selepas pemeriksaan lanjut serta penilaian mengenai impak gegaran berukuran 7.4 magnitud di kepulauan itu.

Terdahulu, pembuat cip itu berkata ia memindahkan sejumlah kakitangan dari beberapa kilang mengikut protokol keselamatan syarikat.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan kepada rantaian bekalan cip mikro global. Tambahan pula, TSMC merupakan pembuat cip terbesar di dunia, dengan Apple dan Nvidia antara pelanggan utama.

Sumber: CNBC , Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY