Melaluinya, kita boleh membuat perbandingan prestasi antara cip pemprosesan yang dihasilkan oleh pengeluar dan terbaru adalah mengenai Snapdragon 670.
Cip kelas pertengahan itu dikatakan sudah muncul di platform berkenaan beberapa minggu yang lalu dan dikatakan berjaya mencatat markah yang mengagumkan. Antara yang menjadi buah mulut adalah tentang keupayaan GPU Adreno 620 dengan catatan markah 6404, hampir menyamai Snapdragon 820.
Walaupun ujian seperti ini tidak menilai prestasi sebenar grafik cip pemprosesan, tetapi ia memberi sedikit bayangan tentang naiktaraf Snapdragon 670 berbanding model terdahulu, Snapdragon 660.
Cip ini masih belum dilancarkan lagi dan ura-ura mengatakan ia dibangunkan dengan 4x Kryo 360 dan 4x Kryo 385 dengan frekuensi maksimum pada kadar 2Ghz serta 1.6Ghz.
Selain itu ia menggunakan modem Snapdragon X16 Cat. 16 LTE dengan kemampuan muat turun berkelajuan Gigabit dan muat naik sehingga 150Mbps.
Apabila diperkenalkan nanti, Snapdragon 670 dilihat sebagai cip kelas pertengahan yang berada pada tahap tertinggi.
Sumber: Gizmochina
Berkaitan
- Dua Telefon Pintar Ini Sah Guna Snapdragon 865+
- Spesifikasi Telefon Pintar Sony Tertiris, Menyenaraikan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera
- Komputer Riba Dengan Sistem Operasi Windows 10 Digandingkan Bersama Snapdragon 835 Akan Dilancar Penghujung Tahun Ini
- HiSilicon Kirin 970 Dilapor Sedang Giat Dihasilkan, Bakal Bersaing Dengan Exynos 8895 Dan Snapdragon 835
- ZTE Axon 10s Pro Peranti Pertama Rasmi Guna Snapdragon 865
- Spesifikasi Xiaomi Mi 7 Tertiris, Snapdragon 845 Dan RAM 8GB
- Redmi K30 Pro Dan Redmi K30 Pro Zoom Edition Diumumkan, Dilengkapi Snapdragon 865 Dan Kuad Kamera
- Xiaomi Sedang Siapkan 3 Telefon Yang Dikuasakan Snapdragon 865
- Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855 Paling Murah Di Dunia
- Cip Pemprosesan Snapdragon 675 Mula Kelihatan Di Geekbench