Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gantikan Logo Lama, CelcomDigi Perkenal Logo Baru

Gantikan Logo Lama, CelcomDigi Perkenal Logo Baru

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”)  memperkenalkan logo korporat baharunya hari ini. Lambang baharu jenama ini mencerminkan integrasi Celcom dan Digi serta simbolik kepada dinamisme, mengutamakan pelanggan dan kecemerlangan.

“Celcom dan Digi merupakan antara jenama yang paling dipercayai dan disayangi di Malaysia selama
tiga dekad. Pengenalan logo baharu ini merupakan langkah signifikan dalam misi syarikat selepas
penggabungan, untuk mencari cara yang inovatif bagi memajukan rakyat Malaysia dalam mencapai
semua yang mereka impikan dan ilhamkan.” CelcomDigi.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 14.39.47

Baru-baru ini, CelcomDigi, melalui Pusat Inovasinya telah bekerjasama dengan DHL melancarkan gudang autonomi kecerdasan buatan (AI) dikuasakan 5G yang pertama di negara ini. Di samping itu, syarikat ini juga menjalin usahasama dengan Yinson Holdings untuk pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) yang inovatif buat pengguna Malaysia.

Selain itu, CelcomDigi juga telah menandatangani perkongsian strategik bersama SK Telecom dan VIRNECT dalam bidang yang memacu inovasi dengan pengaplikasian 5G, AI dan Metaverse.

Celcom dan Digi dahulunya merupakan 2 buah syarikat telah bergabung pada Disember 2022 lalu di mana ia kini di bawah satu entiti korporat tunggal, CelcomDigi Berhad.

Kini ia merupakan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dengan lebih 20.48 juta pengguna di rangkaiannya.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY