Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-08-11 at 22.22.57

Samsung Melancarkan 2 Telefon Lipat Terbaru, Galaxy Z Fold3 5G Dan Galaxy Z Flip3 5G

Diterbitkan Ogos 11, 2021 · Dikemas kini Ogos 12, 2021 oleh ariff bukhari

Selain melancarkan jam pintar terbaru, Samsung juga melancarkan 2 buah model telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Galaxy Z Fold3 5G Dan Galaxy Z Flip3 5G.

2 telefon pintar terbaru ini boleh dikategorikan sebagai telefon pintar ultra premium yang dilengkapi dengan skrin dengan kadar segar 120Hz serta menerima penarafan IPX68 yang menjadikannya tahan air.

Galaxy Z Fold3 5G

Galaxy Z Fold3 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED Infinity Flex Display yang bersaiz 6.2 inci yang boleh dilipat dan menjadikannya ke dalam mod tablet.

Screenshot 2021-08-11 at 22.25.46

Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 888 5nm 64-bit Octa-Core berkelajuan maksimum 2.84GHz dengan capaian 5G, RAM 12GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB dan bateri pula berkapasiti 4400mAh.

Galaxy Z Fold3 5G ditawarkan dalam 3 warna menarik iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver yang akan dijual bermula dari 27 Ogos 2021 yang berharga dari USD1,700.00.

Screenshot 2021-08-11 at 23.46.35

Galaxy Z Flip3 5G

Satu lagi telefon pintar lipat yang dilancarkan Samsung hari ini adalah Galaxy Z Flip3 5G. Ia menggunakan paparan serta rekaan yang hampir sama dengan Galaxy Z Fold3 5G.

Saiz paparan Infinity Flex Display pula adalah bersaiz 6.7 inci.

Galaxy Z Flip3 5G

Ia juga dikuasakan oleh cip Snapdragon 888 5nm yang sama dengan model Galaxy Z Fold3 5G.

Galaxy Z Flip3 5G ditawarkan dalam 3 warna menarik iaitu Cream, Green, Lavender dan Phantom Black.

Galaxy Z Fold3 5G ditawarkan pada harga USD999.99 juga akan mula dijual bermula dari 27 ogos ini.

Screenshot 2021-08-11 at 23.46.50

https://www.youtube.com/watch?v=V7ixp-XwqGI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY