Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Gear_Android Central

Galaxy Watch Kelak Mungkin Hadir Dengan Rekaan Seperti Apple Watch

Diterbitkan Mac 12, 2024 · Dikemas kini Mac 12, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah lebih sedekad melancarkan jam tangan pintar pertamanya, Samsung kini dilaporkan mungkin akan membawa semula rekaan berbentuk petak untuk Galaxy Watch.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Samsung Perkenal Galaxy A55 Dan A35 5G Dengan Skrin 6.6" AMOLED

Menurut SamMobile, sumbernya memberitahu Samsung sedang mencari cara untuk mengembalikan reka bentuk segi empat untuk jam tangan pintarnya.

Mengimbas kembali, Samsung pertama kali melancarkan jam tangan pintar Samsung Gear pada 2013. Ketika itu, ia diperkenalkan dengan skrin AMOLED berbentuk segi empat dengan saiz 1.6-inci.

Namun, Samsung kemudiaannya beralih kepada reka bentuk bulat dengan Gear S2 pada tahun 2015. Sehingga kini, jam pintar Samsung lebih sinonim dengan binaan berbentuk bulat, termasuk Galaxy Watch6 yang dilancarkan tahun lalu.

Setakat ini, ura-ura mengatakan Galaxy Watch7 akan dilengkapi cip baharu dengan perisian yang ditambahbaik, tetapi tiada perubahan dari segi reka bentuk.

Sekiranya benar Samsung akan mengembalikan rekaan berbentuk petak seperti Apple Watch, berkemungkinan ia akan hadir seawal tahun hadapan melalui pelancaran Galaxy Watch8.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkuivi
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkuivf

Sumber: SamMobile

Gambar utama: Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY