Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy watch6

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung hari ini melancarkan siri jam tangan pintar terbaru mereka iaitu Galaxy Watch6.

Dua model tersedia ialah Classic dan standard. Saiz Watch6 tersedia dalam 40mm dan 44mm manakala Watch6 Classic pula 43mm dan 47mm.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Ia dikuasakan Exynos W930 dengan RAM 2GB dan storan sebesar 16GB. Ia menjalankan sistem operasi Wear OS 4 dan antara muka One UI 5.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Paparan AMOLED-nya bersaiz 1.3″ dan 1.5″ dengan puncak kecerahan setinggi 2000 nit.

Watch6 hadir dengan bezel 30% lebih nipis tetapi tidak boleh diputar.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Watch6 Classic dilengkapi dengan bezel berputar dan berputar 15% lebih nipis.

Dari segi perlindungan, ia mempunyai IP68.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Kapasiti bateri pula ialah 300mAh (standard) dan 425mAh (Classic).

Antara ciri yang hadir bersama ialah Sleep Score Factors5, Sleep Messages5, Sleep Consisteny dan Sleep Animal Symbol serta Sleep Coaching6 yang ditambah baik.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Ketika hendak tidur, jam akan mengubah peranti rumah pintar untuk memastikan pengguna mendapat persekitaran yang selesa dan bantu kualiti tidur. Contohnya, ia akan hidupkan mod tidur pada kesemua peranti yang terpaut untuk diamkan notifikasi, malapkan lampu dan lain-lain.

Samsung Galaxy Watch6 Serendah RM1,099, Model Classic Dengan Bezel Boleh Diputar

Spesifikasi penuh ada di laman web Samsung.

Harga

Ia akan mula dijual pada 18 Ogos 2023.

  • Galaxy Watch6 Classic (47mm LTE) – RM1,799
  • Galaxy Watch6 Classic (47mm BT) – RM1,499
  • Galaxy Watch6 Classic (43mm LTE) -RM1,699
  • Galaxy Watch6 Classic (43mm BT) RM1,399
  • Galaxy Watch6 (44mm LTE) – RM1,499
  • Galaxy Watch6 (44mm BT) – RM1,199
  • Galaxy Watch6 (40mm LTE) – RM1,399
  • Galaxy Watch6 (40mm LTE) – RM1,099

Untuk Flip5 dan Fold5, anda boleh ke artikel INI manakala Galaxy Tab S9 pula ada dikongsi di SINI.

Berkaitan

  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 - 5 Generasi Untuk Lengkapkan Lipatan
  • Samsung Galaxy Z Flip5 Berharga RM4,499 Manakala Z Fold5 Pula RM6,799
  • Siri Tablet Galaxy Tab S9 Hadir Dengan 3 Model Bermula RM3,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY