Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung A55 A35

Samsung Perkenal Galaxy A55 Dan A35 5G Dengan Skrin 6.6″ AMOLED

Diterbitkan Mac 11, 2024 · Dikemas kini Mac 11, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung secara rasmi mengumumkan dua model baharu dalam siri Galaxy A, iaitu Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Kedua-dua model mempunyai penarafan IP67 serta menjalankan One UI 6.1 berasaskan Android 14. Terdapat juga ciri keselamatan Samsung Knox untuk melindungi peranti dan data pengguna.

Menurut Samsung, Galaxy A55 5G and Galaxy A35 5G menawarkan kemas kini sehingga 4 generasi sistem operasi Android dan One UI, serta 5 tahun kemas kini keselamatan.

Galaxy A55 5G

Galaxy A55 5G tampil dengan paparan Super AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz serta kecerahan 1,000 nit.

Peranti ini didatangkan bersama 12GB RAM dan 256GB storan yang juga menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui kad mikroSD.

Galaxy A55 5G_1

Terdapat tiga kamera di bahagian belakang yang menempatkan 50MP utama + OIS, 12MP ultra lebar dan 5MP makro. Sementara kamera hadapan dimuatkan sensor 32MP.

Galaxy A55 5G_2

Bagi menghidupkan peranti, Galaxy A55 5G dibekalkan kapasiti bateri 5,000mAh. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Awesome Iceblue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Galaxy A35 5G

Sama seperti A55, Galaxy A35 5G hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.6-inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta diisi kapasiti bateri 5,000mAh. Paparan dilindungi Corning Gorilla Glass Victus.

Galaxy A35 5G_1

Di Malaysia, peranti ini ditawarkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan yang menyokong slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Galaxy A35 5G_4

Beralih ke bahagian kamera, Galaxy A35 5G dilengkapi 50MP utama + OIS, 8MP ultra lebar serta 5MP makro. Terdapat paparan berlubang di bahagian hadapan yang menempatkan 13MP kamera swafoto.

Galaxy A35 5G_3

Galaxy A35 5G juga tersedia dengan tiga pilihan warna yang sama iaitu Awesome Iceblue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Harga dan ketersediaan

Buat masa ini, Samsung Malaysia belum lagi mengumumkan harga serta tarikh jualan untuk pasaran tempatan.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkuhe2
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkuhe6

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY