Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Fit3_

Galaxy Fit3 Diumumkan – Skrin 45% Lebih Besar, Ketahanan Bateri 13 Hari

Diterbitkan Februari 22, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung hari ini mengumumkan Galaxy Fit3, penjejak kecergasan mampu milik terkini – menggantikan Galaxy Fit2 yang dilancarkan pada 2020. Galaxy Fit3 membawakan sejumlah penambahbaikan dari segi rekaan dan ciri kesihatan.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Siri Samsung Galaxy S24 - Tak Perlu Pixel, Ini Pun Dah Ada AI
  • Cincin Pintar Samsung Akan Hadir Separuh Kedua 2024

Menyentuh spesifikasi, Galaxy Fit3 menampilkan binaan aluminium dengan paparan berukuran 1.6-inci. Samsung mengatakan peranti boleh pakai ini mempunyai skrin 45% lebih besar berbanding model sebelumnya. Ia juga dilengkapi sokongan penarafan IP68, 5ATM serta mempunyai ketahanan bateri sehingga 13 hari.

Peranti boleh pakai ini juga membawakan sejumlah ciri kesihatan dan kecergasan. Antaranya termasuk penjejakan lebih 100 jenis senaman, penjejakan tidur, pengesanan dengkuran (apabila dipasangkan dengan telefon Samsung), pemantauan paras oksigen dalam darah, tahap tekanan, penjejakan denyutan jantung dan lain-lain.

Selain itu, ciri keselamatan seperti Fall Detection dan Emergency SOS turut ditambahkan pada Galaxy Fit3.

Pengguna Galaxy Fit3 juga boleh mengakses pelbagai keupayaan dalam ekosistem Samsung Galaxy yang disambungkan – seperti alat kawalan jauh untuk kamera telefon, kawalan main balik media, fungsi Find My Phone dan sebagainya.

Ketersediaan

Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Gray, Silver dan Pink Gold.

Galaxy Fit3_3
Galaxy Fit3_1
Galaxy Fit3_2

Galaxy Fit3 akan tersedia bermula 23 Februari untuk pasaran terpilih. Namun begitu, Samsung setakat ini belum mendedahkan harga jualan bagi penjejak kecergasan berkenaan.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkrjfk
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkrjfs

Sumber: Samsung Newsroom

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY