Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Ring 5

Cincin Pintar Samsung Akan Hadir Separuh Kedua 2024

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, Samsung telah mengakhiri acara Galaxy Unpacked dengan mengacah kehadiran cincin pintar dipanggil sebagai Galaxy Ring. Ia digambarkan sebagai peranti penjejak kesihatan pintar yang boleh dipakai di jari.

Namun, Samsung ketika itu tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi atau tarikh pelancaran.

Berkaitan

  • Samsung Mengacah Kehadiran Galaxy Ring

Dalam perkembangan terkini, Ketua Global B2B Wearable/IoT/Accessory di Samsung Electronics, Daniel Sung telah mengesahkan melalui LinkedIn bahawa gergasi teknologi Korea Selatan itu akan memperkenalkan produk boleh pakai kesihatan baharu pada separuh kedua 2024.

Galaxy Ring 2nd half 2024

Kemungkinan Galaxy Ring akan dilancarkan bersama peranti seperti Galaxy Watch 7 dan telefon lipat Galaxy Z6, yang dijangka akan diperkenalkan pada acara Galaxy Unpacked seterusnya.

Samsung tidak mendedahkan bila acara Unpacked 2024 seterusnya akan berlangsung, tetapi kebiasaannya ia dijadualkan sekitar Julai-September.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkp2ix
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkp2j3

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY