Samsung Perkenal Galaxy Fit 2 - Penjejak Kecergasan Dengan Ketahanan Bateri 15 Hari

Samsung kini memperkenalkan Galaxy Fit 2 sebagai pengganti kepada Galaxy Fit yang diumumkan pada tahun lalu. Penjejak kecergasan ini hadir dengan dua pilihan warna dan ketahanan bateri sehingga 15 hari.



Galaxy Fit 2 dimuatkan dengan paparan sentuhan 1.1 inci AMOLED serta 70 antaramuka jam dengan beberapa darinya boleh disuaikan. Menurut Samsung, penjejak kecergasan ini boleh menjejak dan memantau 5 aktiviti yang berbeza secara automatik.

Jumlah aktiviti yang dapat dijejaki dan dipantau pula adalah lebih dari 90. Terdapat juga penjejak tidur, kiraan kalori, kadar nadi, jarak dan lain-lain.

Selain itu, Galaxy Fit 2 turut dilengkapi penarafan IP68. Kapasiti bateri 195mAh boleh bertahan sehingga 15 hari penggunaan dalam satu pengecasan penuh serta boleh dipadankan dengan peranti Android dan iOS. Ia turut hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0.

Galaxy Fit 2 diperkenal

Samsung Galaxy Fit 2 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Orange dan Black. Ia ditawarkan pada harga €46.76 (~RM229) di Jerman bermula 2 Oktober nanti.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut bila ia akan tersedia untuk pasaran lain.

Sumber: GizmoChina