Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FunTouch OS 15_2

Funtouch OS 15 Dilancarkan Untuk Pengguna Global

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh Amalina Athman

vivo secara rasmi hari ini mengumumkan pelancaran Funtouch OS 15 untuk pengguna di pasaran global. Dibina berasaskan Android 15, Funtouch OS 15 menawarkan kelancaran keseluruhan sistem dan elemen animasi yang menghidupkan peranti.

Dengan menggantikan algoritma Fair Scheduling Android sedia ada dengan model Priority Scheduling vivo, Funtouch OS 15 mengutamakan kuasa pengkomputeran untuk proses latar depan. Ini menghasilkan peningkatan 15% dalam purata kelajuan permulaan aplikasi.

Untuk meningkatkan lagi prestasi, Memory Enhancement Technology baharu menggunakan algoritma pemampatan memori zRAM yang dioptimumkan, menghasilkan peningkatan 40% serta dapat mengurangkan penggunaan memori GPU untuk aplikasi latar.

Funtouch OS 15 turut memperkenalkan Origin Animation untuk kelancaran animasi dan responsif interaksi. Lightning-Speed Engine mencipta saluran khusus bagi meningkatkan kelajuan tindak balas permulaan aplikasi sebanyak 20%.

FunTouch OS 15

Sementara AI Image Lab membolehkan pengguna meningkatkan kualiti foto secara automatik dan mengeluarkan bayang-bayang daripada dokumen menggunakan peralatan berkuasa AI.

Untuk permainan, Ultra Game Mode yang dinaik taraf memperkenalkan bar sisi dengan panel prestasi, alatan permainan dan ciri Game Small Windows.

iQOO FunTouch OS 15_3

Dari segi produktiviti, ciri Link to Windows yang dioptimumkan oleh sistem operasi itu membolehkan pengguna sync kandungan dalam masa nyata, mengurus perkongsian fail serta melihat foto terkini di PC dengan mudah.

Lain-lain termasuk kemas kini antara muka seperti warna sistem, ikon, font, hiasan latar, animasi pengecaman cap jari baharu dan sebagainya.

Ketersediaan

Menurut vivo, Funtouch OS 15 akan tersedia untuk naik taraf bermula pertengahan Oktober ini, bermula pada vivo X Fold3 Pro, siri X100 dan iQOO 12.

Berkaitan

  • Android 15 Dijangka Naik Taraf Ciri 'Find My Device', Telefon 'Mati' Pun Boleh Dijejaki
  • Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • vivo Malaysia Dan Public Bank Tawar Rebat RM50 Untuk Siri vivo V40

Sumber: vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY