Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x PBB – KV

vivo Malaysia Dan Public Bank Tawar Rebat RM50 Untuk Siri vivo V40

Diterbitkan September 24, 2024 oleh Rushsyafizal

vivo Malaysia bekerjasama dengan Public Bank, menawarkan tawaran menarik untuk siri telefon pintar terbaru, vivo V40 bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2024.

Pelanggan yang berkunjung ke vivo Concept Stores yang mengambil bahagian dan menggunakan Kad Kredit Public Bank untuk membeli telefon pintar siri V40 dengan pelan ansuran selama 12 bulan atau lebih akan layak menerima rebat RM50.

Siri vivo V40 dan V40 Pro direka khas untuk peminat fotografi. Dengan ZEISS Optics dan AI Aura Light yang telah dinaik taraf, siri V40 menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf profesional.

Dilengkapi 50MP ZEISS OIS sebagai Kamera Utama, sinematik dengan ZEISS Cinematic Bokeh Video, dan nikmati fleksibiliti potret dengan ZEISS Multifocal Portrait. Kini, dengan kolaborasi eksklusif ini, anda boleh menikmati telefon pintar premium ini pada harga yang lebih menarik.

Antara lokasi kedai yang mengambil bahagian termasuk Gurney Plaza Penang, Pavilion KL, Midvalley Southkey JB, dan Sunway Pyramid. Untuk senarai penuh kedai vivo yang menyertai, boleh rujuk di laman rasmi vivo.

Sumber : Siaran Media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY